
Cik mama penah buat entry pasal soleh ni kat
sini
Nama betul dia Muhammad Irsyad Soleh.
Dia baru berusia 1 tahun 9 bulan.
(Lebih kurang la. Aku baru je tanya besday Soleh kat mak dia tadi. HEHEHE)
Comel kan?
Betapa kuatnya si ibu menempuh dugaan, hamil anak ketiga, adik kepada Soleh.
kak Nora mengharungi tempoh kehamilan 9 bulan sambil menjaga Soleh yang sakit.
Soleh bukan sakit demam biasa.
Kite ni anak demam merengek tak nak tido malam pun dah libang-libu, kan?
Mula-mula disahkan menghidap brain tumor atau
Ependymoma.
Pembedahan demi pembedahan dilakukan.
Dari Soleh sihat montel, menjadi kurus.
Sakitnya Allah saja yang tahu. Derita Soleh mungkin kita tak rasa sebab
Soleh pun tak buleh cerita. Tapi, boleh nampak betapa pilunya si ibu
meskipun hanya membaca tulisan-tulisan di blognya.
Ketika Soleh sedang cuba pulih dari brain tumornya, datang pula ujian baru.
Tulang belakang Soleh bermasalah dan kemoterapi perlu dilakukan.
Tidak dapat tidak.
Bimbang akan mengganggu healing proses Soleh, maka bersetujulah mereka untuk menjalani kemoterapi.
Hampir setahun Soleh berulang-alik ke hospital.
Lihat sendiri Soleh dari selemah-lemah keadaan, kini sudah banyak improvement.
Usaha dan doa yang tak pernah putus menguatkan Soleh untuk terus bersama kita.
Keluarga Soleh tak pernah jemu mencuba pelbagai jenis rawatan, membeli
suplement dan ubat , sampai berubat dengan cara kampung demi
kesejahteraan si comel Soleh.
 |
Soleh dan adiknya, Iffat. Sumber kekuatan Soleh untuk meneruskan perjuangan. |
Setakat ni, bil-bil rawatan Soleh ditanggung penuh syarikat tempat Ayah Soleh bekerja.
TApi, bila bilnya sudah mencecah ratusan ribu, gaji Ayah Soleh mula dipotong.
Prestasi kerja Ayah Soleh pun tak begitu memuaskan kerana kerap
berulang-alik menguruskan Soleh di hospital. Bergaji technician bukanlah
mewah.
Tambahan pula kak Nora tidak bekerja. Hanya mengambil upah menjahit bila ada tempahan.
TApi, dengan komitmen menjaga Soleh dan kini ada anak kecil pulak, sukar baginya untuk kembali ke mesin jahit tu.dan skg ni,Ayah Soleh mungkin akan dibuang kerja. Sebabnya belum dapat dipastikan.
Jadi, boleh tak korang bayangkan diri korang dalam situasi macam ni?
Soleh juga ada insurans.
Tapi, insurans Soleh pun tak mencukupi.
Bayangkanlah, bila sakit begini, semua duit simpanan yang ada selam ni habih licin digunakan.
Tiada apa yang berbaki. Rawatan Soleh perlu diteruskan. Soleh sedang
mengambil beberapa jenis supplement dan ternyata dengan supplement tu,
Soleh semakin sihat.
Skang, duit dah takde nak beli supplement-supplement tu
. Keluarga ini bebetul dalam dilema.
Jika berhenti segala ubat, apakah pula nasib Soleh?
Mengenangkan yang Ramadhan akan tiba kurang seminggu lagi, bertambah sebak hati.
Di saat kita semua sibuk pikir nak buat baju raya kaler apa tahun ni, Nora dan Soleh bergelut dengan ujian yang tidak bertepi.
Bantulah mereka.
Sumbanglah apa yang boleh. Sedaya yang boleh...seikhlas mungkin.
Keluarga ini amat memerlukan bantuan kewangan agar rawatan Soleh dapat diteruskan.
Semoga Allah mempermudahkan untuk kak nora dan keluarga.
Bantuan kewangan boleh diberikan terus ke akaun Maybank 1620 8555 8897 , Norazima binti Mohamud Razali.
sumber ini cik mama dpt dari Makbed'spada yg nak share sgt di alukan.
dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~