About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Total Pageviews

Wednesday, 28 November 2012

I'm back.!! Yeahh...

Assalammualaikum..

(Amaran keras  entry takdok gambo..!!!!!)


Menu diet tanpa nasi selama 7 hari...!!! berani tak nak buat.?? ok silala bagi semangat pada cik mama yerr, plzzz.. plzz..plzzzzzzzz
hari tu masa puasa dah hilang 6kg tau, tp takder bukti lakk nak show... from 71kg lepas puasa 65kg,
memg puas hati jantung semualaa.. tp pas raya plakk hammbikk koo melantak bagai tak ingat...
skg menyesal lakk.. dah naik 1.5kg... agagaggagagga
padan muka..cisss cisss cisss... (marah kat diri sndri)
dan skg cik mama nak try menu diet ni.. ermmmm mampu kahh.??? 




Mula (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Ke-2 (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ke-3 (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…
Hari Ke-4 (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Ke-5 (daging dan tomato , daging ayam atau  ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)
  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Ke-6 (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ke-7 (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.


bila nak start kununnya ni...?? 





nota-noti ~ dah lma tak update tetiba nak diet.. sengall kan.. ehehehhehehe
                   terima kasih pada yg masih sudi jengah blog ni, cik mama akan balas kunjungn kamu..
                   rindu nak BW.. luv ulos peace ^_^



 

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

4 comments:

  1. ketat juga jadual diet tu..hehee.. apapun slmt bdiet..smoga bjaya ya cik mama.. diet utk sihat..:)

    follow sini 205

    ReplyDelete
  2. akakpun nak cuba gakler.. sebabnyer berat badan dah naik ke asal dissebabkan malas nak jaga.. penat2 kurangkan berat lepaihtu naik balikkkan.
    sekarangni nak usaha balik.. rupanyer boleh jer kalua nak kurus

    ReplyDelete
  3. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    ReplyDelete
  4. hi..singgah baca enrty dan follow awak ;)

    ReplyDelete