About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Total Pageviews

Tuesday 31 July 2012

Doa Untuk Ibubapa.



 
 
 
Bila rindu dan teringatkan mak dan abah... berdoalaaa.
 itu yg terbaik bila berjauhan. ^_~

Sekian.

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Monday 30 July 2012

Wehhh awall lagi...




Ngah drive nak g kerja tadi
kat radio hotfm berkumandang lagu
'Dendang Perantau'
owwhh sedeyy -_-
dahlaa lama tak balik kampung,
 
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
 

 
Selamat Hari isnin.!! ^_^
 
 
 


dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Saturday 28 July 2012

Kisah sebiji Tembikai Mengajar seorg isteri.

 
 

 Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
...

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
 
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
 
 
 
Pernah juga berkelakuan mcm ni, bila terbaca kisah ni
memg m'insafkan cik mama, Redha dgn Ikhlas. -_-
 
 
Sekian. ^_^

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Patah Tumbuh Hilang Di gantikan..





Selamat hari sabtu..
Pelik tak cik mama up entry hari sabtu.??
takder maknoo nyakan...(*_*)
masih ingat ag tak kes
 
Kena tunggu lama lagii kerr.????

Minggu lepas cik mama ada buat follow up ngan TM
dah laamaa kot kan kes ni
Bill tak pernah tertunggak
Janji bln 8 ni, ada buat upgrade kat kawasan rumah cik mama
so call nak tau status, n u know whatt.!!!!
Diaorg leh ckp kat cik mama
"puan untuk perkhidmatan puan ni, kami memg tidak ada di kawasan itu"
What..!!!
bengangg giler tau... so selama ni suh duk tunggu apa hall.??
diaorg leh ckp kat cik mama sepatutnya selepas report keluar 
yg menyatakan perkara tu, cik mama kna terminate line & internet,
masaalahnya takder yg bagi tahu cik mama yg 
di kawasan rumah skg ni, takkan ada perkhidmayan tu.
so salah siapa.??
memg agak nak bergaduh gaklaa masa on call tu, smpai migren cik mama
pastu soknya MC, dan hari tu juga cik mama ker TM utk terminate line,
dan cik mama mintak ganti balik pembayaran selama 3bln ni,
tak taulaa diaorg akan bagi balik tau tak,
kena follow up ag.. Rugiiii oooooo >_<

dan balik dari sana singgah cari barang,
masa ni laa yg patah tumbuh hilang di gantikan..
Weeeeeeeeee

Picca here

dan dapat ni juga..


ni klu nak g toilet pun leh bawa.. hehehheh
jgn amalkan..

rasanya memang senag kot plan masix ni,
modem tu leh bawa pergi memana jerr, yg ada coverage laa,
tak yahh nak cucuk, boleh guna 2-4 org,
 so nanti balik kampung nanti lehlaa online..
lepas tu klu nak password mehh sini bayoo.. 1 jam 2 hengget jerr..

untuk keterangan lanjut silalaa ker Masix
cewahhhhhh..


untuk hubby muahhh..!!erkkk


wokeh babai.







dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Friday 27 July 2012

MenaBung AmALan yang mUliA ^_^



Jommm menabung..
Sape sini suka suki menabung..



Hasill menabung dr awal tahun ni... sikitt jerrkann
jadilaa dari nan hanoo..


Proses pengasingan siling..
di bantu oleh adik & kakak


yang ni siiibukk jerrr..
habiss di sorokknya siling bawah pempes tu..


Okk dah asingkan, tapi lum kira ag,
Agak2 berapa yerr..??
Beratt tuu.. sengett bahu kakak pegang bag isi siling ni..


Penyumbang terbesar adaalaa hubby,
Pengutip yang tegar adalaa ehemm..ehemm Cik mama,
Ngah basuh kain jumpaa siling... simpan
ngah kemas rumah jumpa siling... simpan
tu jerlaaa puncanya.. hehehehhhe
Tabiat ni pun belajar dari hubby.
 
 
Setiap tahun memag akan pergi bank
bawa siling tuk bank in ker account,
cuma 2thn lepas jerr tak sempat, coz rumah kna pecah
habiss semua di sapunya.. hampeh punya malingg (pencuri).




Sekian ^_^

 
 
 
 





dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Wednesday 25 July 2012

Entry tanpa Tajuk.. ^_^



Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 kan kita berpuasa
so mcm mna puasa korg.? hope ok laakaan
cik mama setakat ni berjalan dgn jayanya.. heheheh
 
klu sebut pasal puasa ni 
paling tak boleh di pisahkan adalaah
bazaar ramadhan kan..??
best wehhh g sana.
mcm-mcm ada, tunjukk jer nak apa,
tapi yang penting harusss laaa isi poket tu hadoo
klu non hadooo.. tgokk jerlaa sambil ngencess.
 
setakat puasa kali ni, cik mama baru sekali singgah 
bazar tuk beli kueh... ok beli kuehh jer,
lauk, nasi dan air tuk berbuka
cik mama akan msak dan buat sendri,
selagi sempat, selagi boleh cik mama akan buat. besar pahalanya tu kan..
 
tapi kadang tu da gakk rasa nak ngelatt,
tapi nanti dululaaa.. heheheheh (sib baik hubby tak terjah blog ni klu tak.....)
dann lagi satu thn ni nafsu mkn cik mama
tidaklaa sehebat seblum ni,
yerlaaakann ngahh ber diet konon, tgok laa nanti berjaya ker tak 
nak sarung baju raya yg beli sblum puasa ni.
sajer nak cabar diri sendri, klu tak berjaya.. *nangiss* tak mohh g raya.. =_=
 

puasa kali ni gak cik mama latih kakak (5thn) berpuasa
tuk permulaan ni halfday jerlaa dulu,
sebnarnya dr thn lepas pun dah practice kakak puasa
ok jerr.. tapi letihlaa asik nak jwap persoalan kekeliruan dia,
nape tak leh mkn.?
nape tak leh minum.?
nape jam tu lambat bergerak.?
sebelum ni tak puasa takper pun.. nape hari ni nak kena puasa.?
dan mcm2 lagilaa persoalan dia.. 
 tapi selagi cik mama boleh jawap akn jawap,
tak leh jawap pun kna jawap gakk.. huhuhuhu
 
oklaa semoga ramadhan kali ni
kita akn memperolehi ganjaran yg besar,
dan keberkatan dari-Nya. InsyaAllah.
 
 
 
Teringin tuk bertarawih, tapi susah ngan ada anak kecik ni. 
teringat masa kat kampung dulu, tiap hari bertarawih ngan abah.. =_=
 

Sekian. Wassalam. ^_^



dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Tuesday 24 July 2012

Roh Di bulan Ramadhan


AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI...
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,

Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita
 
 
 

  Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk
kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang
adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk
melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh
mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada
kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.  
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua
hal kecuali 3 perkara iaitu
doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sekian.


dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Friday 20 July 2012

Sedih tauu..





Sebelum ni ok jerr.. dgn tiba-tiba tanpa apa sebab
dia diam, bila kita tnya dia diam, buat dekk jerr,
walhal dia tau kita tanya dia, dia tahu.. memg dia tahu..
Pandang kita pun seaakan kita bersalah.. 
dah pernah jadi cam ni,tebalkan muka tnya kenapa.. takder pape..
tu jwpannya.. tp nape buat sya cam ni.. huhuhuhu (u_u)
 takperlaakan.. korangkann ada..kan..kann..  ^_^
 

Pernah tak korg rasa setiuasi di atas tu.??
apa perasaan korg.??
apa yang akan korg buat.??
 
 
 cik mama sedih tau... dahlaa jiwa ni memg sgt mudah tersentuh,
mudah nak menagis... sgt mudahh.... =,=
 

 


 

Thanks sudi singgah sini. 
syg korg yg sudi jadi kawan cik mama,walau hanya di alam maya..
 
 Sekian.

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Thursday 19 July 2012

Selamat Menunaikan Ibadat Puasa.








Salam Ramadhan untuk semua,
semoga Ramadhan kali ini
lebih bermakna dan diberkati... InsyaAllah.
^_^



dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Baju Raya.?????







Buttons Kurung


Sanntikk tak.?? bkn cik mama, tp picca atas tu haaa..heheh
Cik mama verangan dah ni nak buat baju cam gitu,
tp takderlaa tuk raya kot, kompom tak der yg sanggup nak buatkan,
First tgok kat blog si cantik manis  Anis
yang pakai, terus jatuh cinta-cintun,
then gogogoglee ada yg jual fesyen cam tu, tp harganyaa erkk g terjahh sana yerr,
agak2 laa kan, klu cam cik mama yg agakk bambam ni,
menggayakan baju cam gini, cam noo eq..
sesuaiii ker eqq.???
kena buat dulu baru tau sesuai tau sueeii.. kan..kan..kann..
 
 
 
 
Hahahhaha pepagi ag dah ker lauuttt..
dahhlaa masuk lmbat.. Hujannnnnn.. ^_~





Sekian. ^_^

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Wednesday 18 July 2012

Wordless Wednesday.!!





20 Perkara Membawa Ke Syurga







Sekian.!! ^_^

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Tuesday 17 July 2012

Lagi sekali.!!!!






lagi sekali..
kena lagi sekali..
 

 
 
sebelum ni jadi cam ni 
tapi kali ni lain,
memang salah yg melanggar,
kereta ni ngah duk parking kot,
pastu kna sondol..
sape yg buat.. heheheh Jiran cik mama..heheh
tapi takper dia nak ganti dan bertanggungjawap,
so settle... ^_^ 

"So hati-hati bila m'reverse kereta yewww"



sekian. ^_~



dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Monday 16 July 2012

Entri khas untuk Kak Nora Zima dan Adik Soleh...







Cik mama penah buat entry pasal soleh ni kat sini
Nama betul dia Muhammad Irsyad Soleh.
Dia baru berusia 1 tahun 9 bulan.  
(Lebih kurang la. Aku baru je tanya besday Soleh kat mak dia tadi. HEHEHE)
Comel kan?
Betapa kuatnya si ibu menempuh dugaan, hamil anak ketiga, adik kepada Soleh.
  kak Nora mengharungi tempoh kehamilan 9 bulan sambil menjaga Soleh yang sakit.
Soleh bukan sakit demam biasa. 
Kite ni anak demam merengek tak nak tido malam pun dah libang-libu, kan?
Mula-mula disahkan menghidap brain tumor atau Ependymoma.
Pembedahan demi pembedahan dilakukan.
 Dari Soleh sihat montel, menjadi kurus. 
Sakitnya Allah saja yang tahu. Derita Soleh mungkin kita tak rasa sebab Soleh pun tak buleh cerita. Tapi, boleh nampak betapa pilunya si ibu meskipun hanya membaca tulisan-tulisan di blognya.
Boleh baca semua kisah Soleh di AKAK NORA BERKISAH.
Ketika Soleh sedang cuba pulih dari brain tumornya, datang pula ujian baru. 
Tulang belakang Soleh bermasalah dan kemoterapi perlu dilakukan.
 Tidak dapat tidak. 
Bimbang akan mengganggu healing proses Soleh, maka bersetujulah mereka untuk menjalani kemoterapi. 
Hampir setahun Soleh berulang-alik ke hospital. 
  Lihat sendiri Soleh dari selemah-lemah keadaan, kini sudah banyak improvement. 
Usaha dan doa yang tak pernah putus menguatkan Soleh untuk terus bersama kita.
 Keluarga Soleh tak pernah jemu mencuba pelbagai jenis rawatan, membeli suplement dan ubat , sampai berubat dengan cara kampung demi kesejahteraan si comel Soleh. 
Soleh dan adiknya, Iffat. Sumber kekuatan Soleh untuk meneruskan perjuangan.


Setakat ni, bil-bil rawatan Soleh ditanggung penuh syarikat tempat Ayah Soleh bekerja.
TApi, bila bilnya sudah mencecah ratusan ribu, gaji Ayah Soleh mula dipotong.
Prestasi kerja Ayah Soleh pun tak begitu memuaskan kerana kerap berulang-alik menguruskan Soleh di hospital. Bergaji technician bukanlah mewah.
 Tambahan pula kak Nora tidak bekerja. Hanya mengambil upah menjahit bila ada tempahan.
TApi, dengan komitmen menjaga Soleh dan kini ada anak kecil pulak, sukar baginya untuk kembali ke mesin jahit tu.
dan skg ni,Ayah Soleh mungkin akan dibuang kerja. Sebabnya belum dapat dipastikan.
 Jadi, boleh tak korang bayangkan diri korang dalam situasi macam ni?

Soleh juga ada insurans.
Tapi, insurans Soleh pun tak mencukupi.
Bayangkanlah, bila sakit begini, semua duit simpanan yang ada selam ni habih licin digunakan.
Tiada apa yang berbaki. Rawatan Soleh perlu diteruskan. Soleh sedang mengambil beberapa jenis supplement dan ternyata dengan supplement tu, Soleh semakin sihat.
Skang, duit dah takde nak beli supplement-supplement tu
. Keluarga ini bebetul dalam dilema.
 Jika berhenti segala ubat, apakah pula nasib Soleh?




Mengenangkan yang Ramadhan akan tiba kurang seminggu lagi, bertambah sebak hati. 
Di saat kita semua sibuk pikir nak buat baju raya kaler apa tahun ni, Nora dan Soleh bergelut dengan ujian yang tidak bertepi. 

Bantulah mereka. 
Sumbanglah apa yang boleh. Sedaya yang boleh...seikhlas mungkin. 
Keluarga ini amat memerlukan bantuan kewangan agar rawatan Soleh dapat diteruskan.
Semoga Allah mempermudahkan untuk kak nora dan keluarga.

Bantuan kewangan boleh diberikan terus ke akaun Maybank 1620 8555 8897 , Norazima binti Mohamud Razali. 
 
 
sumber ini cik mama dpt dari Makbed's
pada yg nak share sgt di alukan.


dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Wednesday 11 July 2012

Lama Dah tak update..!!!



Hi Sihat semua.???!!!!

Tepek picca tuan Tanah kedaungg..
ada yg Lindu takk.. lma tak update...
Haaarusslaa takderkann.. heheheh
 
 
huuuuuuuuuuu malunyaa ngan blog ni,
lama rasanya tak usik, tak update,
ermmmmm bkn tak nak update,
tapi idea and mood yg sgt kritikal,
maaplaa yerr pada yg singgah sni
dan tiada santapan baru.

Haaaa ni dah ada santapan baru... ^_^
sejak 2 minggu ni, cik mama ada try satu program diet..
hahahahahhahahah... Gelakk dulu..
yerrr gelakk dulu cik mama bagi peluang ni..
klu dah gelakk tu opkos laa tau kan nape.!!!
Program Diet yg hanya sekejap jerr..
coz cik mama sembelit yg agak teruk,
then kena stop dulu.. takut mudaratkan diri.

Diet apa tu kah.???

Atkins Diet 

Diet Atkins lebihkan sumber  Protien daripada karbohidrat
 Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
 
pengalaman 2 minggu cik mama buat diet ni, 
telah kehilangan 3.5kg... bnyakk gak tu kannn.???
From 71kg now 67.5kg... 
seronokk gilerr tau,
tapi dlm seminggu cik mama akan ke toilet 1 kali jerr,
imagine okkk.. 1 kali jerr..
masuk 2 minggu, jadi risau lakk,
so stop dulu, ambil ubat  and mkn buah yg leh 
melancarkan pembungan.. ewwwwww..  >_<
yang paling bestnya, dah 2 minggu tak sentuh nasi,
skg ni bila nak mkn nasi tu... rasa berslah sgt tau,
so diet tetap on wlau tak ikut 100% Diet Atkins ni.
 
mesti ulos ngat cik mama ni sgt obses gilerr nak turunkan beratkan.??
 memang pun. target cik mama 60kg.
ermm tak surelaa leh capai atau tak. hope sgt akan tercapai..
lagi-lagi nak puasa ni kan. hope berjayalaaa.
tapi dugaan besooo.. time rayalaaa.. adehhhhh..
redhooo jerlaaa..

ok dah habis cerita pasai diet..
skg nak story pasai kerja laakk.. hohohohohoho
skg kerja cik mama dah tak bnyak,
tak mcm dolu-dolu kala.. gilerr serabut..
klu buka tudung rasanya terus tegakk rambut kot,
fenin,serabut pastu fenin ag..
sebb apa tau, sebb Executive tuk deparment cik mama
dah ada, sblum ni memg takder,
 then segala kerja yg serabut.. serabai tu kasi sama dia,
cik mama goyang lutut jerlaa.. heheheh 
takderlaaa... ada gak task cik mama sebagai asst jerlaaa.. ^_^
so skg ni takderlaa nak kejar sgt dateline, itu, ini kan,
yang cik mama tak paham pun kna follow jerr,
so dah ada executive ni, bagilaa kat dia,
dia lebih memerlukannya.
 
 oklaaa tu jer tuk santapan kali ni,
nak beleter pepenjang kang, ada yg smpai nagis baca..
tu pun klu ada yg nak baca kan... o_o


ok Babai
Thanks for reading. 

 

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~