About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Total Pageviews

Saturday, 28 July 2012

Kisah sebiji Tembikai Mengajar seorg isteri.

 
 

 Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
...

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
 
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
 
 
 
Pernah juga berkelakuan mcm ni, bila terbaca kisah ni
memg m'insafkan cik mama, Redha dgn Ikhlas. -_-
 
 
Sekian. ^_^

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

8 comments:

  1. salam ramadhan cik mama..betol tu, saya pun selalu juga marah2 kalo benda tak elok..insaf rasa diri ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. so lepas ni kena laa redha dgn ikhlas. Salam ramadhan juga.. ^_^

      Delete
  2. tu la tak baik kan...:)
    thanks share cita ni
    jom singgah ket sini sekojap ;D
    salam kenal n follow sini juga

    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/07/peserta-masterchef-follow-qr.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg tak baik.. hehhe.
      thx singgah sini.. ^_^

      Delete
  3. insaf..pas ni..makan jer..tq cik mama kongsi

    ReplyDelete
  4. ishk3 xpatot2..
    insaf sebelum terlambat.. hehe..

    slmt b'pose ~

    ReplyDelete