About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Total Pageviews

Saturday 31 March 2012

Tragedi Berdarah .!!!



Uiittt ayat ko, tak leh blahhh..heeheh

sajer buat gempak.... kuikuikuikui..

ceritanyakan... dua hari berturut ni,
kat umah cik mama ada tragedi laaakan..

masa hari khamis mlmnya tu, Adik duk main ngan kakak,
tah mcm mna, terjatuh, mulutnya terkena almari,

hadoii.. punya menjerit si adik ni,
ngatkan takder pape, sekali tgok dlm mulut
penuh darah.. ewwwwww lemah semagat..

ngatkan sikit jerr.. duk lap tak kerig gak,
skali tgok gusi yg baru nak kua gigi tu mcm terkoyak cikitt.. uitttt
dah laaa hubby keja mlm, meggigil gak laa bdan ni,
cian adik, lepas tuam ngan ais barulaaa ok.


mlm tadi lak, tgh kemas dapo,
tetiba dgr kakak m'jerit..
asal lak ni.....
aduhhhhhh ag satu kejadiah berdarah...


jari kakak kna pisau cukur..
darah bnyk gilerr walau kna cikit jerr..
tu dah cuci, baru stop kjap...


Balut dulu biar darah stop,
tu pun kuar gak ag...


Dah balut bagi ubat baru ok cikit,
klu tak
"sakit mama.. tgn kakak sakit mama"

nasib baiklaa hubby masuk lewat cikit mln tadi,
dialaa yg merawat luka itu (cewahhh ayat)
klu cik mama yg buat memg bisinglaa mulut ni,
org suh mandi dia buat keja lak dlm bilik air tu..
ermm takyah tnyalaa nape si cukur tu ada kat bawah
kang jwpnnya
"eh yeker abg letak bawah? rasanya dah letak tinggi"
"yerlaaaa"



Nak jugaakk yerr dikk,
bolehlaaaa.. tapi gmbar blurr, pkai henset jerr..
takder kain tu, susah nak tidoo...



Nilaaa kan anak-anak, bnyk betul ragamnya,
masa kecik mcm ni laa boleh tgok ragamnya, nanti dah besar dah boleh bawa
diri tak dernya...!! abadikanlaa kat blog ni, jadi kenangan..
ada masa belek2, senyum sndri.. hehehheh


ok laaa, selamat berhujung minggu yerr.
awasi anak-anak klu kua berjalan.. heheh


ok thanks for reading.



dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Friday 30 March 2012

Pesanan Untuk Semua..!!!!!



Pesanan Tiara-jacquelina Kes Culik ~Kisah Benar~


Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.



Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.


Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.


Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.


Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.


Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!

Sumber dari : Si Cantik ini



Cik mama dah pnah rasa kehilangan anak baca kat sini, cukuplaa sekali,

Jom kita sama-sama mengawasi anak-anak kita yerrrr....





Org-Org kesayangan



Thanks For Reading yer..




dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Menggantung Gambar Bernyawa Didalam Rumah.



Selamat Pagi jumaat semua...

jgn lupa g Sembahyang jumaat yer nanti... lelaki laa terutamanya.. erkk (tetiba lak)

hari ni cik mama nak share sesuatu yg munkin tak ramai yg tahu kot..

ker cik mama jerr yg baru tau ni.. ermmm

pagi tadi terbaca di satu blog tentang Haram sekiranya kita menggantung

gambar bernyawa didalam rumah.. betu kerr.??

ni jawapan dari ustaz Nor Amin

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi :
Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku
Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"



dan ini pulak pendapat Ustaz :

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.


Semoga dpt kita berkongsi ilmu.


Thanks For Reading.


dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Friday 23 March 2012

Aduhh Feninlaa cam ni...



Pagi-pagi lagi telepon opis ni berdering-dering...
8.30 laaa wehh.. mna da org ag pun,
haku jerr yg terlebih rajin.... huhuhuhu




bnyk kali lak tu berbunyi... fenin betulla..
dah laa ari ni yg menjwp telepon tu mc


so terpaksalaa cik mama ngan Feza menjwap calling tu,
plak tu makin rancak berdering nya punn..
dgn tak tau ext org lain....
aduhh tensonn gilerr cik mama..

hari ni plak asik kna call director jer..
paham2 jerlaa kan klu call org
yg berpagkat beso ni cam nerrkan..

dah laaa cik mama ni gelabah orgnya..
sblum call siap buat dialog sndri ag tu..
siap tulis point-point apa nak ckp..

sekali call, director tu ngah meeting
so suara dia agak keras gaklaakan..
yerlaaa kna kacau ngah meeting..
so cik mama yg dah ingat apa nak ckp
terus jadi kelam kelibut..

terus berterabur ayatnya...
smpai sorg director tu ckp
"Astafirullah"


aduhhhh.. malu jerr...
takperlaakan benda baru lelama nanti dah
biasala kot.... hope laaa

ni da masa cikit ag sebelum balik..
trus buat n3 kat blg ni..

memg tak smpat nak up story kat blog ni..
dah laa kat rumah tenet tak leh pasang..
line takder.. ishhhh apapuntakbolehlaa...




Kepada yg menjengah blog cik mama ni,
dan cik mama tak smpat m'balas kunjungan kamu,
cik mama mintak maaf yerr... nanti ada free cik mama akan terjah blog kamu..
^_^



ok laaa, selamat berhujung minggu yerr...
thanks for reading..


dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Thursday 22 March 2012

Jom Sarapan Dulu...



Hari ni teringin lak nak mkn roti canai...
tapi tmpat yg selalu beli tu dah tuka org..

so rasanya tak sedap sgt..
tapi bolehlaa.. Laaayannnn..



Jommmm layannn...





Ok babai..
Thanks For Reading...




dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Wednesday 21 March 2012

Saya Nak Tudung Bawal.!!



Dah Lama Cik Mama tak Join Giveaway..

so hari ni ada mood nak join Giveaway..hehehhe

Jommm....




Syaray-Syaratnya : ~

1. buat entry tajuk: "Saya nak tudung bawal".
2. Letak gambar diatas dan link kan ke entry Ini
3. follow blog ika
4. tinggal link anda kat ruangan komen
5. Ok siap! tunggu keputusan

~Tarikh tutup: 23. mac. 2012 ~


Sesape jerr pun leh join..
mehlaa kita memeriahkannya..
^_^



Thanks For Reading.


dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Monday 19 March 2012

Rumah baru Jadual Harian pun kna baru gak...ermmm

Maafkanlaa tajuk yg tah pape tu yerr... ^_^
Selamat Hari isnin semua... huhuhuhuhu
hari ni cik mama pergi kerja sgtlaa awal..
klu ada award untuk pekerja yg dtg awal.. munkin cik mama akan tersenarai...
^_^
skg ni dah masuk rumah sndri.. semuanya dah berubah..
kna setting baru...
bangun pagi seal 5.30am (cam biasalaaaa)..
siapkan apa yg nak di bawa untuk anak-anak, klu dah siapkan mlmnya
jadi ringnlaa sikit... siapkn bekfast untuk hubbe,
dan 7.30am gerak hntar kakak yg tembam tu ke tadika,
hantar adik yg tiut tu ker umah ibu..
dan cik mama terus ker tempat kerja.. dlm 8.10am smpai ...
paling best smpai awal......... banyk parking ... hahahhahah
time ni boleh pilih nak parking kat mna, boleh msuk parking situ.. klu tak suka
keluar then pilih tmpat lain... hehhehehe mcm jakun jerr kan..
memg agak sukr tuk mulakan smua ni, tapi dah lama nanti biasalaa kot..
so dah smpi lepak laa kat Mr. Kaya dulu, on FB and bolehlaa BW,
ag pun kat rumah cik mama strymx tak setting ag....
Astro tak setup ag... apa pun tak boleh ... ermmmm
Hari ni cik mama kat tempat keja kna pindah ker tigkat atas,
so hari ni adalah sgt penat... hahahhahaha
ok thanks f0r reading..
^_~

dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Tuesday 13 March 2012

Adik Dirang Dibunuh..




Pagi-pagi lagi baca surat kabar tetang Adik Dirang, yang telah dibunuh dan di bakar..

tiada kata lain untuk si perlaku....Kejam..kejam.kejam..

apalaa dosa si kecil itu kan, di perlakukan sebegitu Kejam...

Semoga keluarga Adik Dirang tabah menghadapi dugaan ini..

memang sedih dengan kehilangan orang tersayang...

sedangkan cik mama pernah kehilangan anak yang hanya sekejap pun

dah rasa sgt sedih... Y_Y

baca kat sini ,

ini kan pulak kehilangan selamanya... semoga tabah dan bersabar..

apa yg di tentukan akan ada sebabnya.. InsyaAllah.

hanya Allah yg mengetahuinya...

baca kat sini intuk kisah selanjutnya Adik Dirang.

Sekarang ni, di sekeliling kita sudah rasa tidak selamatkan...

kanak-kanak zaman skg tak seperti kita masa dulu tu..

klu kita masa kecik2 dulu, masih bebas untuk bermain, tanpa ada rasa ragu dan takut...

bila ptg balik umah, klu lmbat balik tali pingganglaa jwapnya...

tapi skg ni, anak-anak dah tak boleh bebas sgt bermain..

dlm rumah dan halaman rumah jerlaaa tmpat main diaorg...

klu pergi jauh knalaaa ibubapa pantau dan perhatikan 100%

tanpa ada kecuaian... kerana sedetik kecuaian mengundang bencana..



"Semoga Kita Sentiasa Dilindungi Allah"





Thanks For Reading


dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Thursday 8 March 2012

Bila Adik Dpt steering keta dan Bila Kakak depan camera... ermmmmmm



Gelagat anak-anak ni sgtlaa menghiburkan..

kadang tu leh buat kita naik angin... tp bila tgok muka anak2 ni

sejukk jadinya...

hari ni nak tepek picca mereka yg tersyg ni jerr....

yang si adik klu dpt pegnag steering keta bkn main ag suka...

yang si kakak lak klu dpt duk dpn camera bukn main suka sgt...

"mama ambik gmbar kakak"... pastu tgok.. tak berkenan ambik ag....

hehehehheheh macam-macam kan...

mohh laa layaann yeww..



"mama nak g mna adik bawakan ni... zoommmmm"



"Jap Nak on radio dulu yerr"


"Aduhh besonya stereng keta ni"


"Nak belok kanan kena tgok cermin sisi" heheheh


"Ohh panas kna pakai spec Hitam"



Ohh baru sedar diri di rakam yerrr.. hahhha



Kakak ni tak reti duk diam,


Ermmm sopan laa kunun yerr..


Haaa kan jadi lagi.. tadi dah sopan...


pun bolehlaaa kakak...


lagi satu suka norrr buat cam ni...




Eh abah pun nak interframe gakk...



"Tanjattt gegurl"





and last picca...
^
^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^


"Apa engok-engok kita"





ok thanks for reading yewww




dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

Sunday 4 March 2012

Ya Allah Jangan Kau Pisahkan Mereka Dgn Ku...



" Ya Tuhanku Jangan Kau Pisahkan Mereka Dgn ku
Aku Tidak Kuat Ya Allah, Aku Tidak Mampu Ya Allah,
Andai Smpai Masanya Jua, Kau Ambilla Aku bersama,
Biar Hidup Matiku Bersama Mereka..
Aku Mohon Ya Allah.."

:face47::face47::face47:

Sabtu 03/03/2012
cik mama, Hubbe kakak dan Adik pergi ker Maydin Subang,
nak membeli persiapan untuk masuk rumah baru ni,
lepas habis m'beli brg kakak nak main kat playground yg ada kat dlm tu,
so kakak main di situ, cik mama pergi sebelahnya jerr tu pilihkan baju adik,
tgh syok m'milih baju, hubbe dtg..
"ma kakak mana.???"
"haaa.. bkn dgn abg ker.??
cik mama campak semua yg ada tu, then pergi tgok,
hanya ada kasut kakak jerr..
"Ya Allah mana kakak ni"

then ada makcik dpn tu tanya kenapa kat cik mama,
cik mama ckplaa cari anak perempuan, pakai tudung, baju meroon..
makcik tu ckp ada org tua india/cina pegang tgn dia then bawa dia turun..
"subhanaAllah"
terus bagi tau hubbe, dan cik mama carry adik...
hubbe lari ker bawah, cari kakak..
cik mama pun follow..
abis semua manusia yg ada kat situ cik mama langggar..
dah tak kisah..dah tak pk apa pun..
kat mulut hanyalaa
"Kakak jgn tiggalkan mama, tolong Ya Allah"

smpai kat bawah dah tak nmpak hubbe,
terus cik mama ker Kaunter petanyaan tu...
ada sorg pekerja Maydin di situ..
cik mama ckplaa..
"Dik akak nak buat announcement ni, anak akak hilang"
"Maaf kak sya budak baru, sya tak tahu"
"haaaa.. anak sya hilang ni"
budak tu diam...
cik mama tnya plak,
"ada tak org tua cina @ india buat
announcement pasal budak hilang tadi.?"
"errr sya tak tau kak, yg keja sini tadi baru jer balik"
"call laa dia, cepaat" cik mama suh dia buat sesuatu..
tapi dia ckp..
"sya takder no dia kak"
Ya Allah... nape mcm ni....

then cik mama nampak hubbe berlari ngan sorg laki naik ke-atas,
cik mama follow gak.. pun lari juga..
langgar semua yg ada tu.. cian..

mulut cik mama hanya sebut
Ya Allah jgn.. jgn Ya Allah, jgn pisahkan kakak dr aku,
aku tak sanggup Ya Allah,
air mata ni dah mcm hujan..

org di sekeliling hanya memerhatikan jerr..
dukduk dan perhati,
munkin diaorg ngat ada pergmbaran kot.. main kejar2..

dah smpai atas, cik mama call hubbe tak angkat..
masa tu dah nagis giler2.. dah m'gigil badan,
syukur sgt adik tak meragam..
mukin paham kadaan kot..

call lagi hubbe dan hubbe angkt, cik mama dpt dgr..
suara kakak menangis.. menjerit..
Syukur Ya Allah..Syukur sgt..
terus cik mama pergi kat kakak dan peluk kakak..
satu kelegaan sgt... rasa hidup kembali diri ni..

rupanya, lelaki yg bersama hubbe tu dia terjumpa kakak kat bawah seorg diri, tnpa kasut tgh nagis,
then dia bawa naik atas, untuk cari mama dan abah, tapi tak jumpa,
dia bagi kakak tu kat pekerja maydin diatas tu, untuk di bawa kebawah buat announcement.

dalam masa 20minit tu, Tuhan pisahkan kakak dari cik mama,
sgt-sgt-sgt cik mama hilang punca, hilang arah..
munkin ada hikmah atas apa yg jadi,
munkin ada sebab kenapa ini terjadi..
dulu penah sekali cik mama tinggalkan kakak kat kampug,
semigu jerr.. tu pun tak boleh.. tak boleh tanpa anak2..

:face37::face37::face37:


Kecewa sgt dgn sikap pekerja tu, hope tak kan berlaku pada org lain..
Dan terima kasih sgt2 pada yang perihatin dan m'beri perhatian.
semoga kebaikan di balas untuk kalian semua..


:n::n:love u kakak... :n::n:

Untuk 2-3 hari ni terasa sgt truma.. bila nampak kakak,
cik mama akan pegang dia, sentuh dia,, berharap ia bkn mimpi..
bkn hayalan... dan yg di depn cik mama ni adalaaa realiti...
dan ternyata ia adalah realiti.. syukur sgt..
:face74:



dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~