About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia

Total Pageviews

Tuesday 24 July 2012

Roh Di bulan Ramadhan


AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI...
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,

Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita
 
 
 

  Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk
kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang
adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk
melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh
mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada
kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.  
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua
hal kecuali 3 perkara iaitu
doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sekian.


dAhh BaCA... KoMen Laaa Cikit Yerr ^_~

12 comments:

  1. salam;
    sesuai benar entri ni dikala bulan puasa ni,terima kasih atas perkongsian ni.

    ReplyDelete
  2. nice sharing cik mama :)
    Al-Fatihah untuk arwah ayah wani dan yg telah meninggal dunia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taziah yerr wanieys, kita perbanyakkan ibadat insyaAllah sejahtera arwah di sana.

      Delete
  3. Tersentuh hati kecil ini mebaca entri ini. Alhamdulillah..hari ini akak nora dapat ilmu yg sungguh besar disini...rasa rindu sungguh dengan arwah ayah...moga sampai la hendaknya segala doa dan amalan baik yg disedekahkan buatnya..

    Sedekahkan al fatihah buat yg masih hidup atau yg telah tiada telah menjadi perkara wajib akak selepas solat..moga roh mereka tenang di sana dan roh kita di sini sentiasa dirahmati Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak nora, memg perkara wajib untuk kita berbuat bergitu. ^_^

      Delete
  4. SubhanAllah Allah Maha penyayang ye..melimpah limpah rahmat n keampunannye ye..nice sharing..muhasabah diri kite bersame..harap2 le kite tergolong dlm golongn yg dbenarkan pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, amalan kita di sini la akan menentukanya.

      Delete
  5. dulu mak sy kate roh balik ke rumah setiap kamis mlm jumaat. btul ke.?

    papepun entry ni best utk bc. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx.. ^_^
      ohh ykerr, ermm tak pasti pulak cik mama pasal tu.

      Delete
  6. tq kerana mengingatkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome,
      perkara yg baik seharusnya kongsi bersama.. ^_~

      Delete